Pages

Thursday 13 August 2015

Muzium 3D Langkawi


Tarikan terbaru di Langkawi! 3D ART MUSEUM / Muzium Seni 3D

Kami telah berkunjung di Muzium 3D ini dan review kami adalah '5 STARS'. 
Tahniah kepada LangkawiSkyCab. Untuk pengetahuan ramai, lokasi muzium ini adalah disebelah kaunter masuk Langkawi Sky Cab (Cable Car).

Apa yang menarik mengenai muzium ini, ia merupakan muzium dengan koleksi lukisan 3D antara terbesar di dunia. Bahagian dalamnya dibahagikan kepada beberapa zon antaranya Aquarium Zone, Safari Zone, Fantasy Zone, Optic Illusion Zone, Malaysia Zone dan Classic Zone.

Kami mencadangkan jika anda ingin ke muzium ini, datanglah lebih awal kerana boleh bergambar atau ber'selfie' sehingga waktu tutupnya iaitu kira-kira jam 7 malam. :D

Muzium Seni 3D ini hanya kira-kira 28 minit (Google Maps) dari Zainol's Homestay Langkawi!


Selamat Bercuti

0 comments:

Post a Comment