Pages

Monday 29 October 2012

Why We Love Langkawi: Part 3


Anda penggemar coklat?

Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan utama bebas cukai di Semenanjung Malaysia yang mana pada kebiasaannya para pengunjung hadir untuk membeli belah tidak kira sama ada pinggan mangkuk, pakaian, minyak wangi mahupun COKLAT.

Antara coklat yang kerap  menjadi tumpuan ramai pengunjung adalah Ferrero Rocher dan Toblerone. Jika dibandingkan harga coklat-coklat ini di Kuala Lumpur, perbezaan harganya amatlah ketara dan mampu membuatkan pengunjung rambang mata untuk memborong dan membawa pulang ke rumah masing-masing.

Lokasi utama jualan coklat di Kuah Town:

a) Hj. Ismail Group Mall
b) Jetty Point
c) Wawasan Baru

Kuah Town cuma kira-kira 10 minit masa pemanduan dari homestay kami.. Selamat Membeli Belah

Sunday 7 October 2012

Why We Love Langkawi: Part 2

Getting There by ???

Biasanya bagi mereka yang ingin melancong ke Pulau Langkawi, perkhidmatan pengangkutan yang boleh dipilih adalah;

1. Melalui Ferry (Kuala Perlis Jetty / Kuala Kedah Jetty)
2. Melalui Udara (LCCT / Subang Airport - Langkawi International Airport)

Pengalaman ke Pulau Langkawi melalui ferry amatlah menarik bagi sesiapa yang jarang-jarang sekali berpeluang untuk dapat menaikinya. Bagi perkhidmatan pengangkutan udara pula, anda bolehlah memilih sama ada untuk menaiki Firefly (Subang Airport, K.L), Airasia (LCCT Airport, Sepang) atau MAS (KLIA, Sepang)

Dari homestay kami:
  • 10 minit (ke Jetty Point, Langkawi)
  • 25 minit (ke Langkawi International Airport)