Pages

Saturday 21 December 2013

Le Tour de Langkawi 2014

Salam :)

PERLUMBAAN lumba basikal berprestij di Asia - Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 yang bakal berlangsung 10 hari bermula 27 Februari tahun depan dijangka lebih mengujakan berbanding edisi sebelum ini.

Menggunakan tagline 'Bahang Kembali Semula' pada edisi ke-19 itu nanti, LTdL 2014 melibatkan laluan keseluruhan sepanjang 1,506.5 kilometer (km) berbanding edisi 2013 - 1,469.7km.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, LTdL 2014 turut merangkumi tiga venue baharu - Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah; Marang dan Bandar Permaisuri, Terengganu.

Antara penaja utama LTdL 2014 termasuklah kerajaan negeri Terengganu, Resorts World Genting, Proton Holdings Berhad (Proton) dan Malaysia Airlines (MAS).


Jom menginap di Zainol's Homestay Langkawi 2014 ni! :D

Wednesday 4 September 2013

Hubungi Kami Untuk Pertanyaan Lanjut

Salam Sejahtera,



Bagi memudahkan untuk sebarang pertanyaan berkenaan Zainol's Homestay, bolehlah Whatsapp kami! :D Homestay kami sedia menerima booking untuk tarikh sehingga Disember 2013. Jom rancang percutian anda dan menginap di homestay kami.

Monday 5 August 2013

Salam Syawal 2013

Salam Syawal daripada kami Zainol's Homestay Langkawi.
Selamat bercuti dan terima kasih banyak di atas sokongan anda kerana menginap di homestay kami :)

Sunday 19 May 2013

Pulau Dayang Bunting


Musim cuti sekolah bakal menjelma... Jom terokai Langkawi :D
Kali ini Zainol Homestay mahu berkongsi dongengan mengenai Pulau Dayang Bunting yang mana merupakan salah satu tempat pelancongan yang unik di Asia Tenggara.


Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.
Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.
Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.
Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.
Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.
Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".
Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.
Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.
Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.
Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.
Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.
Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.
Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING. (credit: http://sasterarakyat-kedah.com)

Perjalanan ke Pulau Dayang Bunting dari pulau besar mengambil masa kira-kira 30 minit... 
Jom menginap di Zainol's Homestay :D

Friday 15 February 2013

Underwater World Langkawi


Underwater World Langkawi merupakan salah satu destinasi yang harus dikunjungi sekiranya anda berada di Pulau Langkawi. Lokasinya yang amat berhampiran dengan pusat riadah Pantai Cenang membuatkannya senang dikunjungi. Underwater World memiliki koleksi / spesis hidupan laut dalam yang hampir sama dengan Aquaria, KLCC. Namun apa yang menariknya suasana di sini adalah berbeza jika dibandingkan dengan suasana 'akuarium' Aquaria. Harga tiket hanya RM28 bagi pengunjung dewasa.

Underwater World Langkawi cuma kira-kira 20 minit pemanduan dari Zainol's Homestay Langkawi.

Mari Bercuti Dengan Lebih Ceria di Langkawi :D

Monday 7 January 2013

Why We Love Langkawi: Part 6




Bermandi-manda di pantai yang bersih dan pasir yang memutih merupakan satu pengalaman wajib yang perlu dirasai oleh setiap pelancong ke Pulau Langkawi.

Sebuah kepulauan lagenda yang memiliki 99 buah pulau-pulau kecil disekelilingnya sudah tentu menjanjikan satu pengalaman untuk menikmati anugerah alam yang amat berharga.

Antara pantai-pantai yang dicadangkan untuk aktiviti perkelahan serta tempat istirehat yang menakjubkan adalah:

  • ·         Pantai Cenang (15-20 minit dari Zainol’s Homestay)
  • ·         Pantai Pasir Tengkorak (25 minit dari Zainol’s Homestay)
  • ·         Pantai Tanjung Rhu (25 minit dari Zainol’s Homestay)
  • ·         Pantai Kok (25 minit dari Zainol’s Homestay)
  • ·         Pantai Datai (30 minit dari Zainol’s Homestay)


Tiada istilah ‘Indah Khabar Dari Rupa’ di Pulau Langkawi…Nikmatilah sendiri.

Jom berehat di Langkawi :D