PERLUMBAAN lumba basikal
berprestij di Asia - Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 yang bakal
berlangsung 10 hari bermula 27 Februari tahun depan dijangka lebih
mengujakan berbanding edisi sebelum ini.
Menggunakan tagline
'Bahang Kembali Semula' pada edisi ke-19 itu nanti, LTdL 2014 melibatkan
laluan keseluruhan sepanjang 1,506.5 kilometer (km) berbanding edisi
2013 - 1,469.7km.
Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, LTdL 2014 turut merangkumi
tiga venue baharu - Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah; Marang
dan Bandar Permaisuri, Terengganu.
Antara penaja utama
LTdL 2014 termasuklah kerajaan negeri Terengganu, Resorts World
Genting, Proton Holdings Berhad (Proton) dan Malaysia Airlines (MAS).
Jom menginap di Zainol's Homestay Langkawi 2014 ni! :D