Musim cuti sekolah bakal menjelma... Jom terokai Langkawi :D
Kali ini Zainol Homestay mahu berkongsi dongengan mengenai Pulau Dayang Bunting yang mana merupakan salah satu tempat pelancongan yang unik di Asia Tenggara.
Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.
Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan
dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil
Pasir Telok Ayer Tahun.
Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai
pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan
Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu
langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.
|
Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.
Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.
Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di
suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang
tua bernama "Tuk Diang".
Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.
Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari
kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi
hampir.
Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung
buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah
air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil
Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya
apabila ia lihat Mambang Sari.
Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk
Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan
sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung
duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air
pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.
Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting
di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana
tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu.
Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di
sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak
membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu.
Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih
kepadanya.
Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk
berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka
berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.
Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun
bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk
melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia.
Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada
masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING. (credit: http://sasterarakyat-kedah.com)
Perjalanan ke Pulau Dayang Bunting dari pulau besar mengambil masa kira-kira 30 minit...
Jom menginap di Zainol's Homestay :D